Klinik Pergigian Emperio | Pakar Gusi Malaysia | Periodontist

Penyakit Periodontium (Gusi) bagi Remaja

Apakah yang dimaksudkan dengan Gusi?

Gusi, yang biasa disebut orang, secara saintifiknya adalah dimaksudkan kepada periodontium, iaitu, tisu-tisu yang menyokong gigi, termasuk gusi (gingiva).

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit Periodontium (Gusi)?

Penyakit gusi ialah jangkitan pada gusi dan tisu penyokong gigi. Penyakit ini dibahagikan kepada dua peringkat:

  • Gingivitis ialah penyakit gusi peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gingiva (gusi) sahaja.
  • Periodontitis pula adalah penyakit periodontium (Gusi) yang lebih parah dan melibatkan bahagian akar gigi dan tulang penyokong gigi.

Gingivitis merupakan penyakit gusi yang sering dihidapi oleh kumpulan remaja, manakala, masalah periodontitis pula jarang-jarang sekali terdapat di kalangan mereka.

Apakah penyebab penyakit gusi?

Penyebab utama penyakit gusi adalah plak gigi.

Faktor-faktor sekunder lain yang menyumbang kepada penyakit ini terdiri dari faktor lokal dan sistemik :

Faktor Lokal termasuklah:

  • Ketidakupayaan memberus gigi dengan sempurna.
  • Merokok atau mengunyah tembakau.
  • Memakai aplians ortodontik.
  • Tabiat mengetam atau mengetap gigi.
  • Penyakit diabetes.

Faktor Sistemik pula termasuklah:

  • Faktor keturunan.
  • Perubahan hormon ketika haid atau semasa mengandung.
  • Stres.
  • Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan.
  • Sistem penghadaman yang kurang baik.
  • Penyakit sistemik yang mengurangkan daya ketahanan badan melawan penyakit seperti kencing manis dan HIV/AIDS.

Adakah anda mengalami penyakit periodontium (gusi)?

Ramai orang tidak menyedari yang mereka menghidap penyakit periodontium (gusi). Periodontium (Gusi) berpenyakit selalunya tidak menyakitkan

Antara tanda-tanda dan gejala penyakit periodontium (gusi) :

  • Gusi menjadi merah dan bengkak
  • Gusi mula menyusut dan mendedahkan bahagian akar gigi.
  • Gusi di sekeliling gigi akan bernanah.
  • Nafas berbau (halitosis).
  • Rasa tidak selesa di dalam mulut .
  • Gigi mulai longgar.

Berita baik

Penyakit Peridontium diperingkat awal (gingivitis) boleh dicegah dengan memberus gigi secara berkesan. Dapatkan nasihat dan pelajari teknik memberus gigi yang berkesan daripada doktor pergigian anda.

Apakah yang patut dilakukan supaya periodontium (gusi) anda sentiasa sihat?

  • Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik dengan :
    • Memberus gigi
    • Menggunakan flos
  • Tidak merokok.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala dan dapatkan rawatan yang perlu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *